Wednesday, March 21, 2012

blogger???

rase mcm nk belajar jadi blogger jugak je...tp, xde mase la....lagipun, nk jadi blogger kena ad pengetahuan am yang luas....semua nk kne thu, semua mnda nk kne cepat...huhuhu...mcm mne agak2 nye ni... best nye je dgr kwan2 yang jadi blogger...tp, mase sokmo xcukup, nk tulis blog pun xsempat...mcm mne nk wat blog nye...xtau mnda nk tulis....

Friday, January 13, 2012

baucar buku

KELAYAKAN MENDAPAT BAUCAR BUKU 1MALAYSIA

1. ASASI – SEPENUH MASA
2. DIPLOMA – SEPENUH MASA/PLK/Epjj
3. IJAZAH – SEPENUH MASA/PLK/SS/Epjj
4. LEPASAN IJAZAH – SEPENUH MASA/SEPARUH MASA
5. SARJANA – SEPENUH MASA/SEPARUH MASA/Epjj
6. PHD – SEPENUH MASA/SEPARUH MASA
PELAJAR YANG TIDAK LAYAK MENDAPAT BAUCAR BUKU 1MALAYSIA
1. PELAJAR YANG TELAH TAMAT.
2. PELAJAR YANG MENDAPAT CUTI KHAS (CK) PADA SEMESTER BERKENAAN.
3. PELAJAR DIPLOMA YANG TELAH MEMOHON PENERAPAN KE IJAZAH SEMESTER HADAPAN DAN TELAH MENERIMA TAWARAN (PELAJAR TIDAK LAGI MENJADI PELAJAR UiTM SEHINGGA MENDAFTAR PADA FEBUARI 2012 NANTI).
4. PELAJAR DI GANTUNG PENGAJIAN.
5. PELAJAR BERSTATUS GUGUR TARAF (GT) – JIKA PELAJAR DITARIK SEMULA GT MEREKA LAYAK MENDAPAT BAUCAR BERKENAAN.
6. PELAJAR YANG TELAH DIBERHENTIKAN.
7. PELAJAR YANG TELAH MENARIK DIRI (MD).
8. PELAJAR YANG SEDANG MENUNGGU UNTUK KONVO.
9. PELAJAR PROFESSIONAL.
10. PELAJAR PRA DIPLOMA.
11. PELAJAR KOLEJ-KOLEJ BERSEKUTU.

Wednesday, January 11, 2012

maggi.....


hahahaha...tetibe megi..mesti pelik ork...sebenor nye tibe2 teringat pasal kisoh senior mase kat uitm dulu....senior ni amik architecture...nk citer susoh nye hidup kalu nk jadi orang berjaya....senior ni terpaksa bagi kepada 4 sebungkus megi....sehari cume makan 1/4 dr megi tu je...xdop makanan lain...tapi die bleh je berjaya, sampai sekrang, dapat tawaran belajor kat luor negara....

tibe2 timbul kesedaran dalam diri...senior yg hidup ssh g2 pun bleh berjaya, ni kan kiye yg hidup sng...semua ad...kalau setakat nk mkn megi...lebih dr sbgkus sari pun bleh...tp, tu la manusia, bler sng lupe diri....malas nk berusaha, sbb semua ad dpn mate....

aku akan cube beruboh untuk jadi seorang yg lebih matang...seorang yang lebih baik n bagus dr sekarang ni...senior, u are my inspirations.....aku akn cuba untuk xnyusoh ke org, cuba untuk bt semua bnd asndri....dan cuba untuk xbergantung pada org len...

t.ksh sume yg membantu sebelum ni....doakan perubahan yang positif untuk saye....
a positive attitude is not a destination.... it is a way of life...
life is not a destination, but is a journey....

i'll enjoying my life.....tq...

Monday, January 9, 2012

pesanan buat kekasih

Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku
Menahan titis air mata

Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih
Sekiranya engkau merinduiku
Hubungilah aku di sini

Jika ada kesilapanku
Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya
Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu

Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka

Sunday, January 8, 2012

genap 2 tahun....

ari ni, 8 januari genap 2 tahun abang mi tinggal atin, abah, umi, kak ngoh, adik, abg yo ngan abg ir... atin rindu ngat nk tengok abg mi....selame ni abg mi xpernah pun maroh atin....abg mi ambik berat sangat pasal pelajaran....kalu abg mi ad mesti abg mi suruh atin bace buku kalau atin duk saje....

abg mi, abg mi ad anok sedare doh, name muhammad hafiz.. muka hafiz same macam muke abg mi mase abg mi kecik2 dulu.....umi kate hafiz pengganti abg mi...kn best kalu abg mi ad ag....hafiz comel sgt....skrang ni umur hafiz 7bulan doh...hafiz ad 2 btg gigi doh...umi ngan abah jadi tok mi ngan ki doh....tp, hafiz panggil umi ngan abah umi ngan abah....hahaha....xtue sokmo ah abah ngan umi....cian hafiz xdang kenal ayoh long die...hafiz panggil atin cik tin, abg yo, ayoh cik, adik ayoh su...hafiz panggil kak ngoh mama....

hafiz, ayoh long hafiz baik sgt, pandai, tok mi kate ayoh long hafiz pandai matematik mase kecik ag umur 3tahun ke 4tahun cik tin xingat doh tok mi cter...kekg bler besor, hafiz jd mcm ayoh long ekh, ayoh long xlwn ckp tok mi ngan ki....hafiz pun jgn lawan cakap mama, tok mi ngan ki ekh,

abg mi, abg yo nok kawin doh bulan 2 ni....10.2 ni abg yo kawin, awek abg yo atin pgl gee....die manager kat piza kemaman...kalu abg mi ad ag mesti abg mi kawin doh mase ni....abg mi, hari tu kwn abg mi ucop mr dumoh, die nk kwin 23.1 ni...die mr jemput abah ngan umi...die ingat ag ke abg mi....mAse tgok kad kwin die bru thu nme die padil bukan ucop, ucop tu ayoh die...hhehe

atin akan cuba untuk jadi mcm abg mi, dengor cakap umi ngan abah...xsuke maroh2 org, xcare hal org, atin nok ngat jd mcm abg mi....abg mi pun doa kan untuk atin ekh....amin...atin syg sgt abg mi...atin rindu sgt abg mi...


abg mi, atin akan sentiasa doakan untuk abg mi....semoga roh abg mi dicucuri rahmat...al-fatihah untuk abg mi....

Tuesday, January 3, 2012

tension............

tension nye rie ni.....rase macam xberbaloi sangat study, tibe2 xleh jawab....huhhu....xsuke letrik ngan instrument ni....susoh la...baru nok hepi2 rie ni...titas pagi td ok, bleh jawab, tb2 letrik n instrument pl0p xleh jawab...tekan ngat...esok ade test statistics pl0p....xleh xdop mood gni....kene semangat...hhuhu...rase macam terkilan sgt xdpt jwb td...bakpe la xsedia formula, standard final exam bg formula...huhuhu....tb2 pl0p xingt formula....beci2.....malas nye gini...beci la...xsuke la final exam, umi, abah, atin mitok maaf, atin study doh, tp, tb2 xleh jwb, pahtu formula pl0p xingat...atin mitok maaf bnyok2 ngat. atin bace doh, tapi xingat....sebelum balik rie tu atin study doh, balik sini pun atin study ag,tp, xleh jawab, atin mitok maaf....

Tuesday, December 20, 2011

pelik bebeor ikan2 ni.....

1 Four Eyes Fish (Ikan bermata empat)


Ikan ini termasuk dalam genius anablepidae iaitu ikan yang hidup di muara sungai bahagian selatan Mexico hingga bahagian selatan Amerika Selatan. Ikan ini hanya dapat hidup di air tawar dan air payau.

Ikan ini memiliki mata yang terletak di bahagian atas kepala dan terbahagi dalam dua bahagian yang berbeza, sehingga ikan ini dapat melihat bahagian permukaan air dan bawah air dalam waktu yang sama .

Ikan ini sebenarnya hanya mempunyai 2 mata, namun kedua matanya yang terletak di bahagian aras kepala terbahagi menjadi 2 bahagian, yakni bagian atas dan bawah yang dipisahkan oleh lapisan jaringan yang tipis.

Setiap bahagian mata mempunyai tugasnya sendiri. Bahagian mata atas untuk melihat di udara (atas permukaan air) dan bawah untuk melihat ke dalam air. ketebalan lensa mata bahagian atas dan bawah pun berbeza, semakin ke bawah semakin tipis.

2 Ikan kelawar berbibir merah (Red Lipped Batfish)

ikan ini kelihatan seperti memakai lipstik. Ikan ini hidup di perairan Kepulauan Galapagos. Red Lipped Batfish merupakan perenang yang buruk, sehingga ia menggunakan sirip dadanya untuk berjalan di dasar laut. Ketika mulai membesar dewasa, sirip punggung ikan ini akan bersatu dengan tulang belakangnya sehingga akan kelihatan menarik bagi mangsanya.
3 Spookfish (ikan hantu)

Ikan ini mempunyai wajah yang cukup menyeramkan .. Cuma belum ada penjelasan lebih lanjut. hanya menjelaskan tentang barreleye

4 Barreleye Fish – genus Macropinna microstoma (Ikan kepala transparan)

Tergolong dalam keluarga ikan hantu, ikan ini mempunyai kepala transparan yang cembung dan berisi cairan bening. Bahagian pangkal mata dan organ dalam kepalanya kelihatan jelas dari luar.

Terdapat dua titik warna kuning kehijauan seperti setengah kuning telur di belakang pangkal mata. Kedua benda itu diyakini berfungsi sebagai mata. Di belakang dua “benda kuning” itu kelihatan hampir-hampir berwarna krim seperti jaringan daging yang sudah pucat.

Dengan ukuran siripnya yang besar, membuat ikan ini tetap seimbang. Dia hidup tepat di batas terbawah kemampuan sinar matahari menembusi kedalaman laut. Pada posisi tersebut membuat ikan ini tidak akan ikan dengan jelas oleh haiwan-haiwan di sekitarnya.

Haiwan pemangsa maupun mangsanya sendiri yang bersembunyi di atas tidak boleh melihatnya. Namun ikan ini mampu melihat ke atas kerana matanya dapat diputar lurus ke depan ataupun ke atas. . Ini sangat menakjubkan.

Para pengkaji percaya, matanya yang berwarna hijau kekuningan itu telah berkembang membentuk saringan cahaya yang membolehkan untuk mengabaikan sinar matahari dan dapat melihat cahaya yang beredar dari ikan kecil dan ubur-ubur yang merupakan makanan kegemarannya.

Lantas, apa fungsi kedua ‘matanya’ yang terdapat di depan? Menurut para pengkaji, kedua mata ikan itu adalah nales, deria bau seperti lubang hidung manusia. Barrelfish mempunyai kristal cair pada matanya, yang terletak pada suatu tempat pada selaput kecil.

Apabila kristal cair itu rosak, matanya akan mendapat tekanan sangat kuat dan keadaan itu akan membunuhnya. Sebab, kita tahu bahawa tekanan dalam laut pada kedalaman 600 meter ke bawah memang sangat kuat .

5 Flying Fish (Ikan terbang)



Exocoetidae atau ikan terbang adalah dari keluarga ikan laut yang terdiri atas sekitar 50 spesies yang dikelompokkan dalam 7 hingga 9 genus. Ikan terbang ditemui di semua laut utama, terutama di perairan tropika dan subtropika di lautan Atlantik, Pasifik dan Hindia.

Ciri utamanya yang paling menonjol adalah sirip dadanya yang besar, membolehkan ikan ini meluncur terbang secara singkat di udara, di atas permukaan air, untuk lari dari pemangsa.
Peluncuran ikan ini biasanya sejauh sekitar 50 meter, namun mereka dapat menggunakan dorongan pada tepi gelombang hingga dapat mencapai jarak setidaknya 400m.

6 Ikan bergigi dan lidah manusia


Seorang pemancing di Amerika Serikat terkejut bukan kepalang melihat ikan yang ditangkap itu, malah mengigitnya kuat. Dia menjerit dan setelah diperiksa gigi ikan ini mirip gigitan manusia.

Seperti dibaca dalam web.orange.co.uk edisi 24 September 2010, Frank Yarborough sedang memancing di Danau Wylie, South Carolina. Belum pun lama melempar kail, seekor ikan mengigit umpan lalu tersangkut. Frank gembira bukan kepalang kerana ikan yang terjerat itu sungguh besar.

Warnanya gelap dan memiliki berat kira-kira 5 kilogram dengan panjang hampir setengah meter. Yarborough menjangka itu adalah ikan lele. Dia pun memasukkan tangannya ke dalam air untuk mengambil ikan tadi. Tetapi, dia merasa terkejut dan menjerit kerana didigit kencang seperti digigit manusia.

Setelah diperiksa ikan itu memang sangat menakjubkan. Ikan ini mempunyai gigi seperti gigi seri, geraham, dan taring seperti yang dimiliki manusia. Tidak seperti ikan di tasik itu pada umumnya. Ikan ajaib ini ditangkap dan dibawa pulang. Yarborough tidak terfikir untuk menggorengnya. Hingga kini masih tersimpan di dalam peti sejuk.

Para ahli biologi percaya ikan itu mungkin dibesarkan dalam sebuah kolam yang eksotik. Robert Stroud, seorang ahli biologi perikanan air tawar Jabatan Sumber Daya Alam di Carolina Selatan, telah mengesahkan adanya sampel ikan itu. Sampel ikan itu telah dikirim untuk menentukan apa jenis spesies ikan misteri itu.

7 Handfish (Ikan bertangan)

Kelihatan ikan ini terlihat sekitar tahun 1990-an dan ikan ini merupakan salah satu jenis terbaru dari ikan bertentangan lainnya. Ikan ini nampak ganjil kerana tidak berenang dan itu menjelaskan kalau kenapa lokasi ikan ini adanya di dasar lautan.

Yang anehnya ikan ini menggunakan “tangannya” yang seharusnya menjadi sirip untuk berjalan. Lokasi ditemui ikan tersebut terdapat di daerah Tasmania,Pulau Australia. Kulitnya dilapisi denticle (semacam sisik yang kasar/bergigi-gigi) sehinga ia dipanggil warty anglers (wart = kutil). ukurannya sekitar 15cm.