Wednesday, March 21, 2012

blogger???

rase mcm nk belajar jadi blogger jugak je...tp, xde mase la....lagipun, nk jadi blogger kena ad pengetahuan am yang luas....semua nk kne thu, semua mnda nk kne cepat...huhuhu...mcm mne agak2 nye ni... best nye je dgr kwan2 yang jadi blogger...tp, mase sokmo xcukup, nk tulis blog pun xsempat...mcm mne nk wat blog nye...xtau mnda nk tulis....

Friday, January 13, 2012

baucar buku

KELAYAKAN MENDAPAT BAUCAR BUKU 1MALAYSIA

1. ASASI – SEPENUH MASA
2. DIPLOMA – SEPENUH MASA/PLK/Epjj
3. IJAZAH – SEPENUH MASA/PLK/SS/Epjj
4. LEPASAN IJAZAH – SEPENUH MASA/SEPARUH MASA
5. SARJANA – SEPENUH MASA/SEPARUH MASA/Epjj
6. PHD – SEPENUH MASA/SEPARUH MASA
PELAJAR YANG TIDAK LAYAK MENDAPAT BAUCAR BUKU 1MALAYSIA
1. PELAJAR YANG TELAH TAMAT.
2. PELAJAR YANG MENDAPAT CUTI KHAS (CK) PADA SEMESTER BERKENAAN.
3. PELAJAR DIPLOMA YANG TELAH MEMOHON PENERAPAN KE IJAZAH SEMESTER HADAPAN DAN TELAH MENERIMA TAWARAN (PELAJAR TIDAK LAGI MENJADI PELAJAR UiTM SEHINGGA MENDAFTAR PADA FEBUARI 2012 NANTI).
4. PELAJAR DI GANTUNG PENGAJIAN.
5. PELAJAR BERSTATUS GUGUR TARAF (GT) – JIKA PELAJAR DITARIK SEMULA GT MEREKA LAYAK MENDAPAT BAUCAR BERKENAAN.
6. PELAJAR YANG TELAH DIBERHENTIKAN.
7. PELAJAR YANG TELAH MENARIK DIRI (MD).
8. PELAJAR YANG SEDANG MENUNGGU UNTUK KONVO.
9. PELAJAR PROFESSIONAL.
10. PELAJAR PRA DIPLOMA.
11. PELAJAR KOLEJ-KOLEJ BERSEKUTU.

Wednesday, January 11, 2012

maggi.....


hahahaha...tetibe megi..mesti pelik ork...sebenor nye tibe2 teringat pasal kisoh senior mase kat uitm dulu....senior ni amik architecture...nk citer susoh nye hidup kalu nk jadi orang berjaya....senior ni terpaksa bagi kepada 4 sebungkus megi....sehari cume makan 1/4 dr megi tu je...xdop makanan lain...tapi die bleh je berjaya, sampai sekrang, dapat tawaran belajor kat luor negara....

tibe2 timbul kesedaran dalam diri...senior yg hidup ssh g2 pun bleh berjaya, ni kan kiye yg hidup sng...semua ad...kalau setakat nk mkn megi...lebih dr sbgkus sari pun bleh...tp, tu la manusia, bler sng lupe diri....malas nk berusaha, sbb semua ad dpn mate....

aku akan cube beruboh untuk jadi seorang yg lebih matang...seorang yang lebih baik n bagus dr sekarang ni...senior, u are my inspirations.....aku akn cuba untuk xnyusoh ke org, cuba untuk bt semua bnd asndri....dan cuba untuk xbergantung pada org len...

t.ksh sume yg membantu sebelum ni....doakan perubahan yang positif untuk saye....
a positive attitude is not a destination.... it is a way of life...
life is not a destination, but is a journey....

i'll enjoying my life.....tq...

Monday, January 9, 2012

pesanan buat kekasih

Sewaktu kau melangkah
Meninggalkan diriku
Sebaknya rasa di dalam dadaku
Menahan titis air mata

Ingin aku berpesan
Kepadamu kekasih
Sekiranya engkau merinduiku
Hubungilah aku di sini

Jika ada kesilapanku
Maafkanlah diriku oh sayang
Dan izinkan aku bertanya
Mengapa kau berubah hati

Kiranya kau ada penggantiku
Tetapi hidupmu tak bahagia
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang

Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu

Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka

Sunday, January 8, 2012

genap 2 tahun....

ari ni, 8 januari genap 2 tahun abang mi tinggal atin, abah, umi, kak ngoh, adik, abg yo ngan abg ir... atin rindu ngat nk tengok abg mi....selame ni abg mi xpernah pun maroh atin....abg mi ambik berat sangat pasal pelajaran....kalu abg mi ad mesti abg mi suruh atin bace buku kalau atin duk saje....

abg mi, abg mi ad anok sedare doh, name muhammad hafiz.. muka hafiz same macam muke abg mi mase abg mi kecik2 dulu.....umi kate hafiz pengganti abg mi...kn best kalu abg mi ad ag....hafiz comel sgt....skrang ni umur hafiz 7bulan doh...hafiz ad 2 btg gigi doh...umi ngan abah jadi tok mi ngan ki doh....tp, hafiz panggil umi ngan abah umi ngan abah....hahaha....xtue sokmo ah abah ngan umi....cian hafiz xdang kenal ayoh long die...hafiz panggil atin cik tin, abg yo, ayoh cik, adik ayoh su...hafiz panggil kak ngoh mama....

hafiz, ayoh long hafiz baik sgt, pandai, tok mi kate ayoh long hafiz pandai matematik mase kecik ag umur 3tahun ke 4tahun cik tin xingat doh tok mi cter...kekg bler besor, hafiz jd mcm ayoh long ekh, ayoh long xlwn ckp tok mi ngan ki....hafiz pun jgn lawan cakap mama, tok mi ngan ki ekh,

abg mi, abg yo nok kawin doh bulan 2 ni....10.2 ni abg yo kawin, awek abg yo atin pgl gee....die manager kat piza kemaman...kalu abg mi ad ag mesti abg mi kawin doh mase ni....abg mi, hari tu kwn abg mi ucop mr dumoh, die nk kwin 23.1 ni...die mr jemput abah ngan umi...die ingat ag ke abg mi....mAse tgok kad kwin die bru thu nme die padil bukan ucop, ucop tu ayoh die...hhehe

atin akan cuba untuk jadi mcm abg mi, dengor cakap umi ngan abah...xsuke maroh2 org, xcare hal org, atin nok ngat jd mcm abg mi....abg mi pun doa kan untuk atin ekh....amin...atin syg sgt abg mi...atin rindu sgt abg mi...


abg mi, atin akan sentiasa doakan untuk abg mi....semoga roh abg mi dicucuri rahmat...al-fatihah untuk abg mi....

Tuesday, January 3, 2012

tension............

tension nye rie ni.....rase macam xberbaloi sangat study, tibe2 xleh jawab....huhhu....xsuke letrik ngan instrument ni....susoh la...baru nok hepi2 rie ni...titas pagi td ok, bleh jawab, tb2 letrik n instrument pl0p xleh jawab...tekan ngat...esok ade test statistics pl0p....xleh xdop mood gni....kene semangat...hhuhu...rase macam terkilan sgt xdpt jwb td...bakpe la xsedia formula, standard final exam bg formula...huhuhu....tb2 pl0p xingt formula....beci2.....malas nye gini...beci la...xsuke la final exam, umi, abah, atin mitok maaf, atin study doh, tp, tb2 xleh jwb, pahtu formula pl0p xingat...atin mitok maaf bnyok2 ngat. atin bace doh, tapi xingat....sebelum balik rie tu atin study doh, balik sini pun atin study ag,tp, xleh jawab, atin mitok maaf....

Tuesday, December 20, 2011

pelik bebeor ikan2 ni.....

1 Four Eyes Fish (Ikan bermata empat)


Ikan ini termasuk dalam genius anablepidae iaitu ikan yang hidup di muara sungai bahagian selatan Mexico hingga bahagian selatan Amerika Selatan. Ikan ini hanya dapat hidup di air tawar dan air payau.

Ikan ini memiliki mata yang terletak di bahagian atas kepala dan terbahagi dalam dua bahagian yang berbeza, sehingga ikan ini dapat melihat bahagian permukaan air dan bawah air dalam waktu yang sama .

Ikan ini sebenarnya hanya mempunyai 2 mata, namun kedua matanya yang terletak di bahagian aras kepala terbahagi menjadi 2 bahagian, yakni bagian atas dan bawah yang dipisahkan oleh lapisan jaringan yang tipis.

Setiap bahagian mata mempunyai tugasnya sendiri. Bahagian mata atas untuk melihat di udara (atas permukaan air) dan bawah untuk melihat ke dalam air. ketebalan lensa mata bahagian atas dan bawah pun berbeza, semakin ke bawah semakin tipis.

2 Ikan kelawar berbibir merah (Red Lipped Batfish)

ikan ini kelihatan seperti memakai lipstik. Ikan ini hidup di perairan Kepulauan Galapagos. Red Lipped Batfish merupakan perenang yang buruk, sehingga ia menggunakan sirip dadanya untuk berjalan di dasar laut. Ketika mulai membesar dewasa, sirip punggung ikan ini akan bersatu dengan tulang belakangnya sehingga akan kelihatan menarik bagi mangsanya.
3 Spookfish (ikan hantu)

Ikan ini mempunyai wajah yang cukup menyeramkan .. Cuma belum ada penjelasan lebih lanjut. hanya menjelaskan tentang barreleye

4 Barreleye Fish – genus Macropinna microstoma (Ikan kepala transparan)

Tergolong dalam keluarga ikan hantu, ikan ini mempunyai kepala transparan yang cembung dan berisi cairan bening. Bahagian pangkal mata dan organ dalam kepalanya kelihatan jelas dari luar.

Terdapat dua titik warna kuning kehijauan seperti setengah kuning telur di belakang pangkal mata. Kedua benda itu diyakini berfungsi sebagai mata. Di belakang dua “benda kuning” itu kelihatan hampir-hampir berwarna krim seperti jaringan daging yang sudah pucat.

Dengan ukuran siripnya yang besar, membuat ikan ini tetap seimbang. Dia hidup tepat di batas terbawah kemampuan sinar matahari menembusi kedalaman laut. Pada posisi tersebut membuat ikan ini tidak akan ikan dengan jelas oleh haiwan-haiwan di sekitarnya.

Haiwan pemangsa maupun mangsanya sendiri yang bersembunyi di atas tidak boleh melihatnya. Namun ikan ini mampu melihat ke atas kerana matanya dapat diputar lurus ke depan ataupun ke atas. . Ini sangat menakjubkan.

Para pengkaji percaya, matanya yang berwarna hijau kekuningan itu telah berkembang membentuk saringan cahaya yang membolehkan untuk mengabaikan sinar matahari dan dapat melihat cahaya yang beredar dari ikan kecil dan ubur-ubur yang merupakan makanan kegemarannya.

Lantas, apa fungsi kedua ‘matanya’ yang terdapat di depan? Menurut para pengkaji, kedua mata ikan itu adalah nales, deria bau seperti lubang hidung manusia. Barrelfish mempunyai kristal cair pada matanya, yang terletak pada suatu tempat pada selaput kecil.

Apabila kristal cair itu rosak, matanya akan mendapat tekanan sangat kuat dan keadaan itu akan membunuhnya. Sebab, kita tahu bahawa tekanan dalam laut pada kedalaman 600 meter ke bawah memang sangat kuat .

5 Flying Fish (Ikan terbang)



Exocoetidae atau ikan terbang adalah dari keluarga ikan laut yang terdiri atas sekitar 50 spesies yang dikelompokkan dalam 7 hingga 9 genus. Ikan terbang ditemui di semua laut utama, terutama di perairan tropika dan subtropika di lautan Atlantik, Pasifik dan Hindia.

Ciri utamanya yang paling menonjol adalah sirip dadanya yang besar, membolehkan ikan ini meluncur terbang secara singkat di udara, di atas permukaan air, untuk lari dari pemangsa.
Peluncuran ikan ini biasanya sejauh sekitar 50 meter, namun mereka dapat menggunakan dorongan pada tepi gelombang hingga dapat mencapai jarak setidaknya 400m.

6 Ikan bergigi dan lidah manusia


Seorang pemancing di Amerika Serikat terkejut bukan kepalang melihat ikan yang ditangkap itu, malah mengigitnya kuat. Dia menjerit dan setelah diperiksa gigi ikan ini mirip gigitan manusia.

Seperti dibaca dalam web.orange.co.uk edisi 24 September 2010, Frank Yarborough sedang memancing di Danau Wylie, South Carolina. Belum pun lama melempar kail, seekor ikan mengigit umpan lalu tersangkut. Frank gembira bukan kepalang kerana ikan yang terjerat itu sungguh besar.

Warnanya gelap dan memiliki berat kira-kira 5 kilogram dengan panjang hampir setengah meter. Yarborough menjangka itu adalah ikan lele. Dia pun memasukkan tangannya ke dalam air untuk mengambil ikan tadi. Tetapi, dia merasa terkejut dan menjerit kerana didigit kencang seperti digigit manusia.

Setelah diperiksa ikan itu memang sangat menakjubkan. Ikan ini mempunyai gigi seperti gigi seri, geraham, dan taring seperti yang dimiliki manusia. Tidak seperti ikan di tasik itu pada umumnya. Ikan ajaib ini ditangkap dan dibawa pulang. Yarborough tidak terfikir untuk menggorengnya. Hingga kini masih tersimpan di dalam peti sejuk.

Para ahli biologi percaya ikan itu mungkin dibesarkan dalam sebuah kolam yang eksotik. Robert Stroud, seorang ahli biologi perikanan air tawar Jabatan Sumber Daya Alam di Carolina Selatan, telah mengesahkan adanya sampel ikan itu. Sampel ikan itu telah dikirim untuk menentukan apa jenis spesies ikan misteri itu.

7 Handfish (Ikan bertangan)

Kelihatan ikan ini terlihat sekitar tahun 1990-an dan ikan ini merupakan salah satu jenis terbaru dari ikan bertentangan lainnya. Ikan ini nampak ganjil kerana tidak berenang dan itu menjelaskan kalau kenapa lokasi ikan ini adanya di dasar lautan.

Yang anehnya ikan ini menggunakan “tangannya” yang seharusnya menjadi sirip untuk berjalan. Lokasi ditemui ikan tersebut terdapat di daerah Tasmania,Pulau Australia. Kulitnya dilapisi denticle (semacam sisik yang kasar/bergigi-gigi) sehinga ia dipanggil warty anglers (wart = kutil). ukurannya sekitar 15cm.

Tuesday, December 13, 2011

test electrical and instrumentation

waaa.....hepi nye malam ni...bleh jawab soklan test tadi...rase macam dapat full mark je..hehe...xpenoh rase excited gini...haha...tapi, xleh enjoy2 sangat, esok ad dua test..test kayak ngan test science material....kayak tu macam ok, science material tu, huh...banyok nye kne hafal....kalau soklan calculation kan senang....saya budak engineering bukan budak medic nak kne hafal2 ni...huhuuhu..tension nye mikir test esok...

wahai ingatan yang dalam kepalaku yang disayangi, tolong la ye...ingat balik semua yang lec ajar, semua yang dah study, yang wat latihan...biarlah boleh jawab esok....buat baik dapat pahala....hehehe...amin....

ok, sekarang nak sambung study dulu...hehehe....

cop cop... se ag...
tadi terbace kat fb my sis, kate hafiz dh tumbuh gigi...hehehe...xsempat cik tin nok tgok....hehehe....ni pun berita gembira jugok...hehehe...xsabor nok balik nok jumpe hafiz....

Friday, December 9, 2011

khas untuk my sis for hafiz....

Kenali Jenis Tangisan Bayi Anda




Tangisan merupakan alat komunikasi pertama yang dikuasai bayi. Dengan tangisan, bayi mengutarakan keinginan dan keperluannya secara efektif. Tidak hairan, bayi menghabiskan banyak masa untuk aktiviti ini. Dalam buku “Your Child’s Body Language”, Dr. Richard Woolfson menjelaskan bahawa tangisan bayi mempunyai erti berbeza-beza. Setiap jenis tangisan mengambarkan pesan tertentu untuk ayah ibunya. Di bawah ini beberapa contoh tangisan bayi dan cara mengatasinya”

Tangisan “Aku ingin menyusu”
: bayi korang akan mulai menangis jika lapar. Tangisannya biasanya berulang-ulang. Pertama, ia menangis lalu berhenti sejenak untuk mengambil napas, menangis lagi, berhenti sejenak untuk mengambil nafas, demikian seterusnya. Mengatasinya, susui dia hingga kenyang. Atau, jangan-jangan memang sudah waktunya makan?

Tangisan “Lampinku basah”
: bayi lebih suka lampinnya bersih dan kering. Jika lampinnya basah ia akan menangis kerana merasa tidak selesa. Tangisan ‘"pengumumam lampinku basah” biasanya perlahan, kemudian semakin kuat. Korang juga boleh memperhatikan bahawa ia mengeliat-geliat di tempat tidurnya. Untuk mengatasinya, segera periksa lampinnya, ia barangkali memerlukan lampin yang baru.

Tangisan “badanku sakit”
: semua bayi menangis jika ia merasa sakit. Tangisan jenis ini adalah tangisan bernada tinggi, hampir seperti jeritan, kemudian ia terengah-engah pada saat menarik nafas, lalu menjerit lagi. Jalan keluar, cubalah temukan apa yang membuatnya kesakitan. Pegang perutnya, jangan-jangan kejang. Goyang-goyang tangan, kaki atau leher dan kepalanya. Jika ia menjerit lebih kuat ketika menggoyang bahagian tertentu, mungkin ada yang sakit kerana terjatuh tanpa pengetahuan korang. Tuamlah bahagian yang sakit dengan air hangat.

Tangisan “aku bosan”: Bayi selalu memerlukan stimulasi dan akan timbul bosan jika ia tidak memperolehnya, atau bahkan bosan dengan satu aktiviti saja. Tangisan jenis ini dirancang untuk mendapat perhatian korang. Maka, tangisan ini lebih mirip kepada teriakan daripada tangisan. Dan, ia akan tetap menangis seperti ini selama ia merasa bosan. Mengatasinya, ganti aktivitinya. Misal, temani dia bermain, menyenandungkan nyanyian, membacakan cerita. Atau boleh juga diajak jalan-jalan.

Tangisan minta dukung
: bayi korang akan menjadi cengeng jika penat, walaupun ia mungkin tidak ingin tidur. Ia akan merengek dengan menjengkelkan. Kepalanya mungkin terangguk-angguk untuk beberapa ketika, dan mungkin korang melihat bahawa ia menggosok-gosokkan tangannya pada mata serta wajahnya. Mengatasinya, buailah ia perlahan-lahan sampai akhirnya ia tertidur.

Tangisan kesepian
: bayi korang senang bergaul. Ia ingin korang selalu berada di sisinya. Jika merasa kesepian, tangisannya akan terdengar menyedihkan. Seakan ia tengah sedih atau marah. Mengatasinya, luangkan waktu bersamanya paling tidak sampai ia tenang. Jika korang perlu menyelesaikan sesuatu, gendonglah ia sampai tenang, kemudian lanjutkan pekerjaan korang bersamanya di sisi korang.

Thursday, December 8, 2011

bintang berguguran

Step :1
Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML > Klik Expand Widget Templates,

Step 2:
Tekan ctrl+F pada keyboard anda dan paste kod dibawah ke dalam kotak find.



Step 3:
Copy dan paste kod dibawah selepas kod




nampak xkat kod tu wrna die putih baris last sekali tu, so, kalau nak warna lain, so tukar la...it's up to you....

Step 4:
Save !

Wednesday, April 20, 2011

perempuan....=(

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam shit kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!

6. Kau pakai baju nampak lurah tetek kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa sial.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit 'celapong' (celah ponggong a.k.a pungkoq)

9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi

17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot

18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway

20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi shit hidup kau

22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau

23. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

24. Pakai baju sikit lagi nak 6pak puting..lengan himpit tetek bagi terkepit..konon nak bagi nampak lurah lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak yg dalam baju tu... buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam

25. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' nyampah si

Tuesday, April 19, 2011

bila kite dh suke kat seseorang.......

12:
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.


11:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.

10:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5:
Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.

4:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1:
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.

Thursday, March 17, 2011

engineering mechanic

susah nye engineering mechanic, tension dh, 2hari dh ngadap buku engineering mechanic, tgok example faham, tapi, time tgok execise, fuhhh, susoh nye la, time die bagi soklan example, bukan main senang, time exercise, susoh teramat2 susoh...gane la nok wat exercise tu, xpela kurg2 try dh buat, huhuhu,

"prof mokhtar, boleh tolong ajar private x? huhuhu, susoh la",

patut la ramai orang kate, subjek ni killer subject budok awam sem lepas, memang susoh, saya tabik org yang pandai em ni, huhuhu...

ade x org boleh tolong ajor? tolong la, paling susoh stakat ni bab3, huhuhu, moment of couple..hehehe
gane la boleh amik engineering, huhuhu...susoh...

=( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =( =(

Wednesday, March 9, 2011

saya nak kawin dengan engineer.....

sebab die

1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.
Manakala
-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
-Lulusan seni masih mencari pekerjaan
-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.
Berbeza dengan
-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.

3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan ana
Buktinya
-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
-seorang graduan seni adalah seorang penggoda
-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.

mechanical engineer?
chemical engineer?
electrical engineer?
aeronautical engineer?
food engineer?
anyone...huhuhu

xleh tidow ag,

baru semalam bleh tidow, malam ni xleh tidow pl0p doh, nok wat gane ni...huhuhu tekan lah men bleh tidow, xleh tidow gni, huhuhu, nak balik umoh, =( semalam bukan men semangat tidow, pkul 11lbh tu tidow doh, nok mcm smlm jugop, huhuhu

Tuesday, March 8, 2011

perbezaan antara suka dan cinta



1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.




5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.


Monday, March 7, 2011

betul2 xleh tidow

nok buat menda ag ekh? skrang ni, betul2 xleh tidow. xtau la nk buat ap, kadang2 terase sangat2 tertekan. sampai skrang still xboleh cari kenpa sbb xleh tidow, xtau dh nok wat menda ag, ad org tu sruh mnum susu panas sblum tidow, tp, xde susu, so, ganti ngan horlicks,tp still xbleh tidow, dh mcm2 usaha buat untuk tidow, bkpe ni? bnyk sgt ke fkir mnda? tp, xtau fkir menda mslh nye. se ag, ad kwn tu sruh tidow ttup lampu, tp, xleh la, sbb bdk blik xtidow skali, klau nk tutup lmpu, ade org xtidow ag, tp, bler dh pg, kdg2, ade yg bgun study, jd, lampu blik mmg xpnh tutup. tu ke sebab xleh tidow? mustahil, sebab dr dulu ag, tidow dlam cerah, dh biase dh, bukan mnda asing ag dh. selame ni boleh je tidow,


rindu la zaman kecik2, senang hidup, xyah fikir mslh pun, kadang2 rase diri macam xmatang ag, tp, harus jadi matang. umur pun nk msok 20 dh thun. dh xde zaman umur belas2 ag dh, dh besar dh, tp, mcm mne nk buat hidup ceria ekh, betul kate org, kite bleh tunjuk muke ceria ke org, wlaupun terase sgt2 bsedih ke, tertekan ke mase tu, mse tu, sume org tgok kite hepy, tp, sbnr nye, skit ngat ngat, pedih tanggung sume tu, tapi, nk buat gane? kite kena jd matang, kite kne trima mslh kite, cuba selesaikan, jgn lari dr maslh, tp, kadang2 rase mcm fed up sgt, rase xleh trima doh hidup gng,


xdop menda yang mustahil mase kecik2 dlu, sume kite boleh buat, xyah fkir risiko langsung, tp, skrang ni, stiap kali nok wat mnda2, msti kne fkir akibat dulu, tu la care org dewasa berfikir. susoh nye nk jdi dewasa, boleh ke klau xnk jd dewasa? boleh x? xlarat doh nok tanggung beban, mcm2 duk main kat kepala ni, pening kepala, skt kepala, tp, mate tetap xleh tutup. knp? ap mslh sbnr? xfhm la,

Tuesday, March 1, 2011

kawan vs couple

satu keadaan yang sangat susah bila kawan kite sendiri ajok couple... memang susah la, dari kawan, tibe2 nk jadi pakwe, huhuhu =( dh lah lame doh kenal, tapi, tak la lame sangat, hehe dlm 2thun jugop. tapi, die tu macam kawan baik doh, tempat luoh perasaan, tempat citer klau ad masalah, biler ditanya soklan g2, memang susoh la nok jawab, pahtu, bler jawab xboh, terus dapat ayat gini,

"pahni, kalau hantar mesej pending ke xbalas ke, makne nye xpkai doh tepon, dan antra kite tak dop menda2 doh, kawan pun bukan, kite xpernah kawan dan xpernah kenal..kalu napok, jangan tegur ah, buat xtahu je, xkenal, k r, sowri selame kite saing".

jadi, saya dengan mengisytiharkan, saya masih muda, saya ade 3thun lbh lagi untuk habis blajor, lambat lagi. 'belajar dari kesilapan'. saya ingin mndapat segulung ijazah dan dapat kije dulu ekh, =) same2 la kite doa, saya boleh abis dlm mse 4thun je, ngan dapat kije lepas abis blajor...huhuhu

kalau ade jodoh kite ngan sape2, jumpe la tu ekgi, gane2 pun lari, mesti jumpe jugok kalau betul die jodoh kite...jadi, xyah la semangat2 sangat nak cari....

aim sekarang, nk abis blajor, dpt ijazah ngan result yg ok, pahtu, nk dpt kije yg bersesuaian ngan kos yg amik skrang ni, doa2 ekh, amin....

Wednesday, February 23, 2011

insomnia

macam mane ni, xboleh tidur lagi ni, dh nak dekat pukul 6 dh, esok kelas awal, kul 9, ahh, letih nye kalau tiap2 malam xbleh tidur, tapi, malam ni terasa tersangat-sangat panas, really can't sleep la....huhuhu =(

akhir2 ni mmg xboleh tidur la, xtau la kenapa, kalau tidur pun dlm pkul 5.30a.m ke atas, mcm mane ni? did i get insomnia? oh no, please, but not me....

kena tidur cukup, minggu ni banyak test, dengan stress nye lagi....jangan lah, i need rest...i need sleep as well...=)

insomnia....tolong!!!
Insomnia sering ditakrifkan sebagai kesulitan bagi seseorang individu untuk tidur.perempuan dikatakan lebih sering menderita insomnia bila dibandingkan lelaki.


Jenis-Jenis Insomnia
Transient insomnia = lebih kurang dlm seminggu.


Acute insomnia = tidak boleh tidur secara konsisten dalam jangka masa kurang dari sebulan. 


Chronic insomnia = lebih dari sebulan.




Punca-Punca 
Hidup acara-acara seperti rasa takut, stres, kegelisahan, emosional atau ketegangan mental, masalah pekerjaan, tekanan kewangan, kelahiran anak dan berkabung. 


Gangguan mental seperti gangguan bipolar, kemurungan klinikal, gangguan kecemasan umum, gangguan stress.


Penyelesaian 
Perhatikan waktu makanAnda mesti memperhatikan waktu makan, beri waktu minimal dua jam sebelum tidur setelah makan makanan terakhir makan malam. Jarak makan yang terlalu dekat dengan waktu  tidur akan meningkatkan kadar metabolisme dan suhu tubuh, sehingga membuat tidur semakin sulit.


Jernihkan pikiran
Jernihkan pikiran anda.



Tidur dan bangunlah dalam jangka masa yang teratur
Tidur dan bangunlah dalam jangka masa waktu yang teratur setiap hari. 


Tempat tidur hanya untuk tidur
Bila Anda ingin membaca atau menonton tv sebaiknya lakukan di tempat lain supaya apabila anda pergi ke tempat tidur, tubuh anda segera mengingatkan bahwa ini adalah waktu untuk tidur.

Tuesday, February 22, 2011

done with thermodynamics test!! yeay.........

open book test.....
buku teks thermodynamics....
tapi, soklan exam, agak susah la wlaupun, buku dh ad depan mate....
sedey....
so, moral die, len kali, walaupun open book test, still kne study mcm bukan open book test ok, hehehe...jangan menyesal tau....

ap2 pun, tadi dh buat yang terbaik...
double thumbs up...=)
learn from the mistakes i've made...
so, when to start study calculus? khamis dh test dh??? hehehe....
" kak tin, jom kite bace buku same. meh, wafi ajor kak tin, 'wori', "
hahahaha...=)
kate2 semangat dr wafi, sebut lori pun xreti..hahaha, 
bora=bola
wori=lori
a.tin=kak tin
a.ngoh=kak ngoh
a.e=abg e
a.yo=abg yo
so, boleh dikatakan, a tu adalah singkatan untuk kakak atau abang....hahaha...
tetibe masok cter pasal wafi....haha
smile.....=)